SENARAI RIDER BERDAFTAR

KAYUHAN KE PENDANG SEMPENA CUTI MAULIDUL RASUL

Seperti yang dirancangkan, pada hari Jumaat (26/2/2010) sempena cuti Maulidul Rasul, Team Perwaja MTB telah membuat kayuhan ke Pendang. Diketuai oleh Penaung Kelab, Mr Alfred Tan & Presiden, En. Zailani, kayuhan bermula di Medan Selera Perwaja, melalui jalan Modenas, seterusnya mengikuti jalan Guar Nanas. Seramai 12 org rider menyertai kayuhan ini termasuk 2 org pengiring yang menaiki kereta. Secara keseluruhannya, semua riders merasai kepuasan kerana dapat merasai dan menikmati keindahan panorama serta kawasan2 kampung yang tidak pernah mereka lalui.












TREK BARU SG PUNTAR

Seperti kebiasaan, Kelab MTB Perwaja telah menjalani latihan mingguan pada hari Rabu (24/2/2010). Berbeza pada kali ini, skuad tracker Kelab telah membawa meneroka ke trek baru di kawasan Kg Sg Puntar. Dengan kemunculan semula Penaung Kelab, Mr Alfred Tan yang baru bercuti sempena Tahun Baru Cina, kayuhan kali ini lebih kepada ‘meneroka & santai’. Pada hari yg sama, terdapat ahli kumpulan baru yang diketuai oleh Shukri telah menjalani latihan di kawasan lain. Semoga minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini, dapat berterusan.














SYABAS KEPADA SYUKRI, LAN, NAZERI & RIZAN..

MENEROKA TREK BARU DI GURUN JAYA

Pada petang Selasa (23/2/2010), 4 orang komiti Kelab MTB Perwaja telah menjalankan aktiviti meneroka trek baru. Dengan bantuan oleh Abg Rani (RCT), kami telah dibawa meneroka trek di belakang kawasan Taman Gurun Jaya. Walaupun keadaan trek hanya enjoy & santai, namun Abg Rani telah memberikan sedikit kejutan dengan membawa kami ke kawasan Air Terjun yang terdapat di kawasan itu. Ianya merupakan kesinambungan dari kayuhan yang dibuat oleh Abg Rani bersama-sama rakannya tempoh hari (boleh refer blog Abg Rani). Secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan trek yg ditunjukkan. Terima kasih kepada Abg Rani kerana meluangkan masa membawa kami meneroka ke ‘dunia baru’.





HALIM & YAZI MENEROKA KAWASAN KOLAM AIR TERJUN

HALIM & ABG RANI


'BENCANA ALAM' SELEPAS KELUAR DR TREK

Seri Iskandar MTB Exploration 2010

Seri Iskandar MTB Exploration telah diadakan pada 21/2/2010 yg lepas. Pasukan dari Perwaja MTB Club juga tidak ketinggalan menyertainya. Walaupun hanya 2 orang wakil yang menyertai, namun ianya sudah cukup untuk menghayati keindahan & cabaran trek yg telah disediakan oleh pihak penganjur. Secara keseluruhannya, penganjuran kali ini boleh dikatakan memuaskan dari semua sudut termasuk keadaan trek, marsyal, water point dan sebagainya. Syabas kepada semua riders yg telah dpt menamatkan kayuhan dan mendapatkan kesemua 5 checkpoint sticker.











KAYUHAN KENDURI WADI HJ WAHAB

Pada cuti Tahun Baru Cina yg lalu, Kelab MTB Perwaja telah menerima jemputan kenduri kahwin Wadi (anak Hj Wahab) di Guar Cempedak. Selain acara makan kenduri, majlis diserikan lagi dengan perarakan berbasikal mengiringi pengantin dari rumah pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Perarakan terdiri drp ahli2 kelab MTB dan juga kanak-kanak. Terima kasih kpd semua yg terlibat.