SENARAI RIDER BERDAFTAR

JEMPUTAN MENYERTAI JERAI MTB JAMBOREE 2011


KEPADA SEMUA PEMINAT !

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal merupakan acara sukan atau riadah yang sering mendapat sambutan semua lapisan masyarakat. Tidak dinafikan ia merupakan suatu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan di samping untuk tujuan kesihatan. Di dalam memeriahkan aktiviti tersebut,Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (KESUREP) dengan kerjasama Perwaja MTB Club akan menganjurkan Jerai Mountain Bike Jamboree (JMJ '11) pada 16 Januari 2011 bertempat di Perwaja Steel, Gurun, Kedah. Laluan untuk Jamboree tersebut melibatkan jarak lebih kurang 45km meliputi kawasan jalanraya, perkampungan, ladang getah dan kelapa sawit.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput rakan-rakan yang meminati atau terlibat dalam aktiviti berbasikal samada individu atau kelab untuk turut memeriahkan jamboree tersebut. Bantuan anda untuk bersama - sama menghebahkan jamboree ini di kalangan komuniti & rakan - rakan riders yang lain amatlah diharapkan demi mengangkat taraf "sukan mountainbike" ke persadanya yang tersendiri.

Sukan untuk semua.....Marilah berkampung di JERAI MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2011 !

Sokongan dan penyertaan dari semua pihak sangatlah dihargai.

Nantikan perkembangan selanjutnya di http://jeraimtbjamboree.blogspot.com/

Sekian. Terima kasih.

Penganjur JMJ '11

KAYUHAN OFF-ROAD SG. PUNTAR & LADANG HARVARD

Pada hari Jumaat 9 Julai, seramai 21 rider sekitar Gurun & SP berjaya dikumpulkan untuk kayuhan offroad sekitar Sg. Puntar & Ladang Harvard Jerai. Kayuhan merangkumi jarak sejauh 30km. Secara keseluruhan kayuhan berjalan dengan lancar walaupun mempunyai sedikit masalah teknikal. Terima kasih kepada yang hadir & jumpa lagi.