SENARAI RIDER BERDAFTAR

BORAK-BORAK KE BUKIT KUANG

Pada 18/04/2011, ahli PerwajaMtbClub yang melapangkan masa masing masing telah memilih laluan Perwaja - Modenas - Simpang Batu 3 Menuju Ke Bukit Kuang - Pekan Padang Lembu - Taman Ria Mesra dan balik ke pangkal jalan. Tayar mula bergolek pd jam 5.45ptg dan tamat jam 7.12ptg. Jarak 31 km telah disudahkan dlm tempoh 1 jam 27 minit sebagai latihan memantapkan stamina semata mata. Sambil borak-borak perkembangan semasa, akhirnya selesai juga kayuhan tu. Ikuti rakaman video oleh En Halim Hamid.

REVERSE TREK JMJ11 (15/4/2011)

Setelah beberapa kali melalui trek JMJ11, kali ini kayuhan sempena cuti hujung minggu PMC membawa rider melalui trek yang sama tetapi kali ini dengan cara 'reverse track'. Bermula daripada Harvard, kayuhan menaiki (climbing) kawasan single trek daripada trek downhill yang digunakan pada JMJ11 yang lalu. Seterusnya memasuki kawasan berhampiran reban ayam dan berakhir di Bukit Judi (downhill). Di dalam perjalanan pulang, kami bertemu dengan group LM Bikers dari Alor Setar yang berkayuh di trek JMJ11 tetapi melalui jalan yang sebenar. Sessi bergambar sempat diadakan sebelum kedua-dua kumpulan berpecah dan meneruskan kayuhan masing-masing. Kayuhan pada kali ini telah disertai oleh sebahagian ahli kelab PMC serta guess rider tetap dan beberapa rider berhampiran seperti Ramly SP, Ismail SP, Zul SAZA, Halim, Nizam dan Kagiyama yang membawa bersama anaknya. Kayuhan berakhir sekitar jam 10.30 pg.


KAYUHAN AMAL MIZIVENZO

Pada hari Sabtu (9/4/2011) yang lalu, Perwaja MTB Club (PMC) telah menyertai Kayuhan Amal MiziVenzo yang bermula daripada Petronas Putri Jaya ke Taman Mutiara, Kulim. Kayuhan yang bertujuan mengutip dana untuk membantu saudara Mizi yang anaknya menghidapi penyakit dan memerlukan rawatan segera. Kayuhan ini telah disertai oleh lebih daripada 130 orang rider yang mewakili kelab masing-masing. Daripada anjuran ini, hasil kutipan telah mencecah lebih daripada RM5000. Semangat yang ditunjukkan oleh semua rider, patutlah diberi pujian kerana tanpa mengira warna kulit dan usia, mereka dapat berkumpul demi membantu insan yang memerlukan. Di harap, anjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk rider, marsyal, jurufoto dan individu yang menaja sarapan pagi. Terima kasih.



Lebih byk lg gambar, sila klik :
PART 1 PART 2 PART 3

KAYUHAN 06/04/2011

Pada hari Rabu 6/4/2011, latihan rutin Perwaja MTB Club dijalankan seperti biasa. Disebabkan ramai rider yang masih 'takut-takut' (atau sayang basikal) untuk melalui kawasan offroad, maka sejak kebelakangan ini lebih banyak latihan melalui kawasan jalan biasa @ road. Seramai lebih kurang 18-20 orang rider berkumpul dan memulakan kayuhan daripada Caltex Perwaja. Kayuhan merangkumi jalan Modenas, Guar Nanas seterusnya melalui jalan besar Guar Cempedak-Gurun. Kayuhan berakhir sekitar jam 7 malam.