Tarikh : 20 Jun 2010
Trek : Sungai Puntar & Harvard
Jarak : 36km
Rider : 11 (RamlySP, Cikgu Din, Lan Mobil, Ucop, Bad, Kageyama,Amir, Halim,Yusri, Baderi & Zailani)
Pagi ni dapat kumpul 11 rider untuk buat kayuhan offroad kat Ladang Sungai Puntar & Harvard. Bagaimanapun trek Harvard tak dapat dihabiskan kerana kesuntukan masa. Hari ni juga dapat kayuh dengan RamlySP setelah lama tak jumpa. Last sekali kayuh dengan dia masa pi Banding 10 & 11 April 2010.
Semua nampaknya berpuas hati dengan trek hari ni. Trek Sungai Puntar & Harvard ni memang kami selalu pi tapi kadang-kadang masuk silap jalan juga. Bukan apa, gabra sikit. Tetamu yang datang ni bukan sebarang rider......yang cukup aktif.
Trek ni juga kami cadang nak gunakan untuk buat Jamboree yang dinamakan Jerai MTB Jamboree (JMJ 11). Tarikhnya telah ditetapkan pada 16 Januari 2011 (Ahad) iaitu pada hari cuti am bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Ia akan dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi Perwaja dengan kerjasama Perwaja Mountainbike Club. Segala perancangan untuk JMJ 11 sedang diatur dan posting untuknya akan dibuat dalam masa terdekat.
Kami berharap semua rakan rakan rider akan menyertai JMJ 11 sebagai satu tempat perhimpunan yang akan menguji kemantapan kayuhan peserta. JOM Ke JMJ 11.....kami mengalu alukan kunjungan semua.
Terima kasih pada semua rider yang hadir pada hari ini.
Bang Lan, Cikgu Din & Kageyama
Please Welcome......Mr Ramly Sp !
Ini dah sampai puncak ......cuba tengok basikal Halim (kiri)
Take 5 kat puncak
Kembali mendaki......
Ke puncak sama didaki !
Bad dah landing kat puncak ni.......
Bang Ucop & Cikgu (R) Din
Bincang sat....nak ikut jalan mana.
Santai.......
Sessi brainstorming......lepas ni nak pi mana ?