SENARAI RIDER BERDAFTAR

SENTUHAN DI NTMTBA'10

Dah 5 hari berlalu, kunjungan penuh bermakna ke Laman USM Transkrian, dengan hasrat dan cubaan untuk bersama sama ribuan riders dari segenap pelusuk tanahair mengharungi laluan yang dijanjikan mencabar. Memang terbukti, Jamboree ini penuh ceritanya yang tersendiri. Biarlah Jamboree demi Jamboree berlalu tapi semangat rider sejati tetap tertanam dalam diri setiap rider yang mengambil bahagian.

Bukannya mudah untuk memberikan kepuasan kepada semua. Yang penting penyertaan semua lapisan bagi memeriahkan mana mana Jamboree pun. Jomlah kita berkampung apabila ada Jamboree kerana inilah wadah kita sebagai pendukung watak Rider Mountainbike.

Sekalung penghargaan kepada Penganjur NTMTBA'10 kerana telah menghidangkan kami satu pengalaman dan rintangan yang amat tidak ternilai. Kalau ada NTMTBA'11, kami pasti hadir lagi........

Tahniah dan terima kasih semua.!

Rakaman gambar - gambar antara ahli kelab yang dapat dipetik dari http://adiharriman.com/blog/ . Terima kasih banyak kepada sdr Adi.

Bila Ada Jamboree, Disitu Boleh Jumpa En Zailani.
Yazi - Jersey Biru Bertuah
Shahidan - Bukan Besi Perwaja Tapi Siemens Rupanya
Ghani-Kesungguhan Mengatasi Segalanya
Amir - Konsisten Di Mana Sahaja
Halim - Tiada Hari Tanpa Kayuhan
Farizan - Kanan. Veteran Tapi Bertenaga
Nak Berkenalan ? Dua Jagoan - Kak Ros / Umi Suryati :
Copy Gambar Buat Motivasi......
Semoga Bertemu Di JMJ11
Watak Berbezaa
Jemmmmmmmmmmmmm!
Dah Habis....Dok Rehat Tunggu Nak Balik.