SENARAI RIDER BERDAFTAR

KAYUHAN JELAPANG PADI 2010

Kelab kita telah menerima jemputan utk menyertai Kayuhan Jelapang Padi 2010 anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah, yang akan diadakan pada hari Sabtu 22 Mei 2010 di Alor Setar. Kepada semua ahli yang berkesempatan, dijemput mewakili Kelab MTB Perwaja menyertai kayuhan ini. Yuran penyertaan RM35. Bersama-samalah kita menjayakan kayuhan ini.

KAYUHAN MALAM KE PANTAI MURNI, YAN.

SYABAS & TAHNIAH KEPADA PESERTA KAYUHAN MALAM
PADA 13HB APRIL 2010
DESTINASI : PERWAJA GURUN KE PANTAI MURNI, YAN
JARAK : ~ 50KM
MULA KAYUHAN :08:20 MALAM ~ 12.10 TGHMALAM


PENGAYUH MALAM

ABDUL RAHIM BIN ISMAIL
AZLAN BIN CHE OMAR
AZIZAN BIN AHMAD
BADERI BIN SAAD
BADRULHISHAM BIN ABDUL RAHMAN
HALIM HAMID
MOHD YUSRI SHUIB
SHAHIDAN ARIFIN
KHAIRUL SHAHNAZ
AHMAD AZLI HAFIZ BIN ISMAIL
MOHD YUSOF BIN PUTEH
SHAHRIZAL BIN MOHD SHOLEH

Peserta Bersiap Sedia Seawal Jam 8.00 malam. Setelah Selesai Pemeriksaan Kelengkapan, Peserta Memulakan Kayuhan Lebih Kurang pada Jam 8.20 Malam. Denyut Nadi Pengayuh Seperti Langsung Tiada Unsur Kepenatan Dengan Keriuhan Dan Gurauan Nakal Rakan Rakan Rider Sepanjang Kayuhan Ini. Melalui Jalan Utama Ke Pekan Gurun ~ Guar Chempedak, Kumpulan Pengayuh Terus Meredah Kesibukan Lalulintas Dengan Penuh Ketertiban Sambil Dibunyikan Hon Oleh Kenderaan Tanda Mereka Menyokong Kayuhan Ini.

Keindahan Suasana Malam Makin Dirasai Apabila Kumpulan Pengayuh Memasuki Kaki Gunung Jerai Untuk Melalui Kampung Titi Teras. Keluar Ke Jalan Utama Berhampiran Kompleks Bernas Dan Meneruskan Kayuhan Ke Pantai Murni, Yan.

Berehat Sebentar Di Pantai Murni Dengan Mengeratkan Nilai Persahabatan Sesama Peserta. Nikmatnya Kehidupan Yang Sementara Ini.

Kayuhan Malam Bersambung Semula Pada Jam 10.20 Malam Menuju Ke Gurun. Malam Makin Sunyi......Kebanyakan Penghuni Rumah Dah Bersiap Nak Melelapkan Mata. Tapi Yang 12 Orang Ni, Terus Menyengkang Mata Mengayuh Mencari Jalan Pulang.

Akhirnya Tiba Lebih Kurang Jam 12.10 Tgh Malam. Peserta Menunjukkan Kepuasan Masing Masing. Lepas Ni Nak Lagi Ke ?

Salam Penghargaan Kepada Semua Rider Yang Menyahut Cabaran Kayuhan Ini. Alah Bisa Tegal Biasa, Jangan Serik Noooo!.

Oleh,

Setiausaha Kelab

RIDER BARU : BASIKAL BARU

Pada cuti hujung minggu yang lalu (9/4/2010), kayuhan mencuba 'gerek baru' oleh kebanyakan ahli baru telah diadakan. Selain itu mereka telah ditunjukkan cara menggunakan gear shifter. Trek yang dilalui adalah trek Permaipura & Trek Harvard. Kayuhan diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Kesurep yang baru dilantik, En Azirohemi Aziz.

BANDING.... Yang Tiada Banding nya

Tarikh : 10 & 11 April 2010
Route : SP - Banding - SP
Jarak : 147km + 133km
Calories burned : 5162 + 3865
Rider : 16 peserta

Masa RamlySP buat Banding Ride 1, aku memang teringin nak ikut tapi masa tu rasa tak mampu nak kerabat beberapa bukit/gunung yang bakal dilalui kerana tak bersedia dari semua segi. Bila dia organize Banding ride 2, aku ambil peluang dan letakkannya sebagai priority untuk aktiviti bulan April.

Kayuhan dari SP ke Baling bermula 7.15pagi dan tak ada masalah walaupun kali pertama ikut laluan ni. Mungkin pasai jalan banyak flat & awal lagi. Perjalanan dari Baling ke Gerik masih boleh bertahan walaupun banyak pendakian terutama di Gunung Inas & Gunung Paku. Keadaan menjadi sebaliknya semasa melalui lebuhraya timur-barat menuju ke Banding, perjalanan yang sangat menyiksakan. Thanks kpd LanMobil yang menjadi pembakar semangat kpd semua rider untuk terus berkayuh sampai ke Banding. Semua sampai ke destinasi sekitar jam 6 ptg.

Semasa perjalanan balik bermula 8.45pagi dari Banding ke Gerik, tak banyak masalah walaupun awal-awal dah kena buat pendakian. Mungkin badan masih segar & cuaca pun belum panas. Thanks pada Odd & Firdaus pasai kayuh pelan-pelan sebab nak tunggu aku. Cabaran bermula bermula masa kayuhan Gerik - SP melalui highway baru. Keperitan betul-betul terasa semasa kayuhan dari Baling ke SP walaupun jalannya flat saja. Aku rasa betul-betul exhausted disebabkan cuaca yang sangat panas dan satu lagi mungkin sebab dah duduk atas saddle hampir 6jam. Aku hanya sekadar mampu hayun kaki nak bagi basikal terus bergerak.

Kesimpulannya Banding Ride memang mencabar & memeritkan tapi mampu dilakukan. Kepada rakan-rakan di Perwaja lain kali kalau ada lagi ambil peluang untuk turut serta sebab ianya memang hebat dan tiada BANDINGnya.

Terima kasih pada RamlySP, LanMobil, CguDin, TokWan, ODD, RazifBaling, Tn Fadzil, Yus, Wendy, Firdaus, E, Zul Perda & Gang dan Support Team (Yusof & Saiful). Anda semua hebat. ALHAMDULILLAH semua selamat.

#Gambar ambil dari Razif & ODD









TINJAUAN TREK TITI HAYUN

Pada cuti hujung minggu ini (2/4/2010), skuad Perwaja MTB telah melakukan tinjauan trek Titi Hayun sempena program ‘Kayuhan Bersama Dato’ Talib’. Kayuhan yang diketuai oleh Presiden kelab, En Zailani ini bermula seawal jam 7.45 pagi. Semua anggota skuad peninjau berkumpul di kaki Gunung Jerai , seterusnya bergerak melalui trek offroad dan jalan kampung. Setelah mengenalpasti trek yang akan dilalui, skuad peninjau sempat berehat sebentar sebelum pulang semula mengikuti jalan yang telah ditetapkan. Kayuhan tamat sekitar jam 11.20 pagi.






Melalui kawasan perkuburan islam...Al-fatihah...





Menuruni kawasan Kem Palas.


Laluan melalui 2 anak sungai...


Nasib baik ada bwk tools...

Sempat posing dulu sambil tunggu rantai siap.


Rantai putus, rider power lebih....

Menuju kawasan chalet.


Inilah yg dikatakan Titi Hayun tu....



Berehat sebentar sambil menikmati keindahan kawasan perkelahan


Saidatul dan Hani drp Politeknik Kulim antara yg meminati sukan berbasikal


Tiba semula di kaki Gunung sekitar jam 11.20 pagi

Menuju jalan pulang...