Pada cuti hujung minggu ini (2/4/2010), skuad Perwaja MTB telah melakukan tinjauan trek Titi Hayun sempena program ‘Kayuhan Bersama Dato’ Talib’. Kayuhan yang diketuai oleh Presiden kelab, En Zailani ini bermula seawal jam 7.45 pagi. Semua anggota skuad peninjau berkumpul di kaki Gunung Jerai , seterusnya bergerak melalui trek offroad dan jalan kampung. Setelah mengenalpasti trek yang akan dilalui, skuad peninjau sempat berehat sebentar sebelum pulang semula mengikuti jalan yang telah ditetapkan. Kayuhan tamat sekitar jam 11.20 pagi.
No comments:
Post a Comment