SENARAI RIDER BERDAFTAR

THOMPSON TRAIL CAMERON HIGHLAND

Pada hari Sabtu 17/9/2011, telah berlangsung kayuhan yang berkonsep funride di Cameron Highland Pahang. Kayuhan yang bermula di Habu ini disertai oleh hanya lebih kurang 200 peserta. Banyak kelainan yang cuba diperkenalkan oleh pihak penganjur termasuk format pemberian goodies bag, keadaan trek dan sebagainya. Walaupun tiada cabutan bertuah, namun secara keseluruhannya, keadaan trek yg di'hidang'kan amatlah memberi kepuasan pada semua peserta. Syabas dan tahniah kepada semua rider yang dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya....

3rd CYCLE FOR HEALTH & ENVIRONMENT 2011


Senarai Peserta Yang Mewakili Kelab Ke Kayuhan Ini


NO NAME PLATE NO.
1 AHMAD FAUZI SHAFIE 604
2 AHMAD ZUKI ANI 605
3 AZIZAN HAMID 606
4 AZLAN CHE OMAR 607
5 BADERI SAAD 608
6 FAUDZI ABU HASSAN 609
7 HALIM HAMID 610
8 KAMARUDZAMAN BAKAR 611
9 MOHD JAMIL MAT SHARIFF 612
10 MOHD YUSRI SHUIB 613
11 MUHAMMAD AFFAN KOSIM 614
12 MUHAMMAD ASYRAAF KAMARUDZAMAN 615
13 WAN HAZIM WAN AHMAD 616
14 ZAHRUL AKMAL BADERI 617
15 MOHAMAD IZWAN YAHAYA 931
16 MOHD FIKRI AHMAD 932
17 BADRULHISHAM ABDUL RAHMAN 933
18 HANIZAM HAMBALI 934
19 HALIM YUSOF 935
20 SHARUL NIZAM ABD RAHMAN 936
21 ABD HALIM HARON 937


Semoga Semua Peserta Akan Dapat Menyertai Dan Menghabiskan Kayuhan Ini Dengan Jayanya. Jangan Lupa Bawa Balik Hadiah.................






Serta Lain2 Hadiah.

KAYUHAN OFFROAD BULAN PUASA

Bulan puasa tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti kayuhan offroad. Walaupun kebanyakan rider menjadikan bulan Ramadhan ini untuk berehat dari melakukan aktiviti lasak, namun ianya tidak menghalang sebahagian ahli PMC untuk berkayuh. Sememangnya ianya berbeza kerana pada kali ini, kita tidak boleh terlalu extrem memandangkan kita yang berpuasa tidak boleh meneguk air walaupun dahaga. Alhamdulillah, walaupun dekat, namun kami mmpu manghabiskan kayuhan pergi dan balik.





KAYUHAN BENDANG 10 JULAI 2011


Dengan jarak trek menjangkau hampir 62km untuk disudahkan, saya kira kayuhan ini cukup baik dirancang oleh penganjur. Bermula dari Pusat Bandar Bertam Perdana, Pulau Pinang dengan penyertaan menghampiri 1100 orang, rider disajikan dengan trek yang tidak menjemukan. Melalui kawasan sawah padi yang cukup luas & sudah tentu cabaran panas matahari dan tiupan angin mesti ditempuhi. Sedikit pendakian di Pinang Tunggal, Kedah mengubat sedikit ketagihan bagi peminat MTB. Apapun wakil kelab tetap enjoy.... Gambar menarik








KAYUH LAGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !

Kayuhan edisi 'kayuh suka suka'.

Kayuhan mingguan yang disertai tujuh ahli telah mendaki / menuruni tujuh bukit & lembah yang kemudiannya tamat jam 7 petang. Eksplorasi laluan lama / baru untuk mempelbagaikan kaedah kayuhan adalah baik untuk latihan. Biar pecah peluh, biar pecah lemak di badan, biar banyak bukit didaki, letih tak mengapa.......hanya pengayuh yang tahu nikmatnya.................

Seperti selalu, tempat terbaik untuk rehatkan diri ialah atas batu yang besar ni...boleh juga borak - borak macam lama tak jumpa. Kebetulan pula, kami turut disertai oleh tiga orang rakan dari Gurun yang memang gian dengan trek di sini.




























video

BORAK-BORAK KE BUKIT KUANG

Pada 18/04/2011, ahli PerwajaMtbClub yang melapangkan masa masing masing telah memilih laluan Perwaja - Modenas - Simpang Batu 3 Menuju Ke Bukit Kuang - Pekan Padang Lembu - Taman Ria Mesra dan balik ke pangkal jalan. Tayar mula bergolek pd jam 5.45ptg dan tamat jam 7.12ptg. Jarak 31 km telah disudahkan dlm tempoh 1 jam 27 minit sebagai latihan memantapkan stamina semata mata. Sambil borak-borak perkembangan semasa, akhirnya selesai juga kayuhan tu. Ikuti rakaman video oleh En Halim Hamid.

video

REVERSE TREK JMJ11 (15/4/2011)

Setelah beberapa kali melalui trek JMJ11, kali ini kayuhan sempena cuti hujung minggu PMC membawa rider melalui trek yang sama tetapi kali ini dengan cara 'reverse track'. Bermula daripada Harvard, kayuhan menaiki (climbing) kawasan single trek daripada trek downhill yang digunakan pada JMJ11 yang lalu. Seterusnya memasuki kawasan berhampiran reban ayam dan berakhir di Bukit Judi (downhill). Di dalam perjalanan pulang, kami bertemu dengan group LM Bikers dari Alor Setar yang berkayuh di trek JMJ11 tetapi melalui jalan yang sebenar. Sessi bergambar sempat diadakan sebelum kedua-dua kumpulan berpecah dan meneruskan kayuhan masing-masing. Kayuhan pada kali ini telah disertai oleh sebahagian ahli kelab PMC serta guess rider tetap dan beberapa rider berhampiran seperti Ramly SP, Ismail SP, Zul SAZA, Halim, Nizam dan Kagiyama yang membawa bersama anaknya. Kayuhan berakhir sekitar jam 10.30 pg.


KAYUHAN AMAL MIZIVENZO

Pada hari Sabtu (9/4/2011) yang lalu, Perwaja MTB Club (PMC) telah menyertai Kayuhan Amal MiziVenzo yang bermula daripada Petronas Putri Jaya ke Taman Mutiara, Kulim. Kayuhan yang bertujuan mengutip dana untuk membantu saudara Mizi yang anaknya menghidapi penyakit dan memerlukan rawatan segera. Kayuhan ini telah disertai oleh lebih daripada 130 orang rider yang mewakili kelab masing-masing. Daripada anjuran ini, hasil kutipan telah mencecah lebih daripada RM5000. Semangat yang ditunjukkan oleh semua rider, patutlah diberi pujian kerana tanpa mengira warna kulit dan usia, mereka dapat berkumpul demi membantu insan yang memerlukan. Di harap, anjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk rider, marsyal, jurufoto dan individu yang menaja sarapan pagi. Terima kasih.



Lebih byk lg gambar, sila klik :
PART 1 PART 2 PART 3

KAYUHAN 06/04/2011

Pada hari Rabu 6/4/2011, latihan rutin Perwaja MTB Club dijalankan seperti biasa. Disebabkan ramai rider yang masih 'takut-takut' (atau sayang basikal) untuk melalui kawasan offroad, maka sejak kebelakangan ini lebih banyak latihan melalui kawasan jalan biasa @ road. Seramai lebih kurang 18-20 orang rider berkumpul dan memulakan kayuhan daripada Caltex Perwaja. Kayuhan merangkumi jalan Modenas, Guar Nanas seterusnya melalui jalan besar Guar Cempedak-Gurun. Kayuhan berakhir sekitar jam 7 malam.





MGJ11 : KAYUH vs BANJIR

Malaysian Gold Jamboree 2011 (MGJ11) yang diadakan di Bukit Merah telah melabuhkan tirainya. Setelah mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Record sebagai penyertaan Jamboree paling ramai iaitu 2600 orang peserta, ianya mencatat satu lagi rekod iaitu satu-satunya trek yang membawa rider meredah kawasan banjir. Secara keseluruhannya, trek hanya laluan bawah (tiada uphill & downhill), namun cabaran sebenarnya adalah kawasan berselut dan banjir. Semua rider yang menyertai terpaksa menerima hakikat yang latihan climbing dan downhill yg dilakukan selama ini, tiada gunanya kerana tiada cabaran sepertinya di MGJ11 ini. Secara keseluruhannya, semua peserta dari PMC, dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah, kecuali Presiden Kelab PMC yang terpaksa melupakan hasrat menamatkan kayuhan apabila mengalami pecah tayar yang kronik pada awal kayuhan. Syabas kepada semua rider yang telah berjaya menamatkan kayuhan MGJ11 ini.