SENARAI RIDER BERDAFTAR

MGJ11 : KAYUH vs BANJIR

Malaysian Gold Jamboree 2011 (MGJ11) yang diadakan di Bukit Merah telah melabuhkan tirainya. Setelah mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Record sebagai penyertaan Jamboree paling ramai iaitu 2600 orang peserta, ianya mencatat satu lagi rekod iaitu satu-satunya trek yang membawa rider meredah kawasan banjir. Secara keseluruhannya, trek hanya laluan bawah (tiada uphill & downhill), namun cabaran sebenarnya adalah kawasan berselut dan banjir. Semua rider yang menyertai terpaksa menerima hakikat yang latihan climbing dan downhill yg dilakukan selama ini, tiada gunanya kerana tiada cabaran sepertinya di MGJ11 ini. Secara keseluruhannya, semua peserta dari PMC, dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah, kecuali Presiden Kelab PMC yang terpaksa melupakan hasrat menamatkan kayuhan apabila mengalami pecah tayar yang kronik pada awal kayuhan. Syabas kepada semua rider yang telah berjaya menamatkan kayuhan MGJ11 ini.








KUNJUNGAN TEAM SOO BENG ALOR SETAR

Pada hari Jumaat yang lalu (18/3/2011), Perwaja MTB Club (PMC) telah menerima kunjungan daripada kelab Soo Beng Alor Setar. Kunjungan bertujuan untuk menguji sekali lagi trek JMJ11 yang lalu. Seramai lebih kurang 30 orang yang hadir pada hari tersebut termasuk beberapa ahli PMC. Walaupun hanya 70% daripada trek sahaja yang dilalui, namun jelas kelihatan kepuasan pada semua rider termasuk yang tidak sempat menyertai acara JMJ11 yg lalu. Diharapkan lebih ramai lagi kelab-kelab luar yang sudi bertandang ke trek kami pada masa akan datang. Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir.




KAYUHAN 4/3/11

Pada cuti hujung minggu yg lalu, sebahagian daripada rider PMC telah melakukan latihan kayuhan di trek Harvard. Selain daripada rutin latihan biasa, kayuhan kali ini adalah untuk memperkenalkan serta mendedahkan keadaan sebenar suasana kayuhan kepada seorang 'rider baru' yang pertama kali mencuba sukan berbasikal. Beliau yang merupakan salah seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Kedah adalah satu2nya wakil wanita yang mendaftar di bawah nama Perwaja MTB Club untuk Jamboree Bukit Merah & Jamboree Betong. Semoga lebih ramai lagi rider wanita yang dapat mewakili PMC di dalam Jamboree2 akan datang.