Tarikh : 10 & 11 April 2010
Route : SP - Banding - SP
Jarak : 147km + 133km
Calories burned : 5162 + 3865
Rider : 16 peserta
Masa RamlySP buat Banding Ride 1, aku memang teringin nak ikut tapi masa tu rasa tak mampu nak kerabat beberapa bukit/gunung yang bakal dilalui kerana tak bersedia dari semua segi. Bila dia organize Banding ride 2, aku ambil peluang dan letakkannya sebagai priority untuk aktiviti bulan April.
Kayuhan dari SP ke Baling bermula 7.15pagi dan tak ada masalah walaupun kali pertama ikut laluan ni. Mungkin pasai jalan banyak flat & awal lagi. Perjalanan dari Baling ke Gerik masih boleh bertahan walaupun banyak pendakian terutama di Gunung Inas & Gunung Paku. Keadaan menjadi sebaliknya semasa melalui lebuhraya timur-barat menuju ke Banding, perjalanan yang sangat menyiksakan. Thanks kpd LanMobil yang menjadi pembakar semangat kpd semua rider untuk terus berkayuh sampai ke Banding. Semua sampai ke destinasi sekitar jam 6 ptg.
Semasa perjalanan balik bermula 8.45pagi dari Banding ke Gerik, tak banyak masalah walaupun awal-awal dah kena buat pendakian. Mungkin badan masih segar & cuaca pun belum panas. Thanks pada Odd & Firdaus pasai kayuh pelan-pelan sebab nak tunggu aku. Cabaran bermula bermula masa kayuhan Gerik - SP melalui highway baru. Keperitan betul-betul terasa semasa kayuhan dari Baling ke SP walaupun jalannya flat saja. Aku rasa betul-betul exhausted disebabkan cuaca yang sangat panas dan satu lagi mungkin sebab dah duduk atas saddle hampir 6jam. Aku hanya sekadar mampu hayun kaki nak bagi basikal terus bergerak.
Kesimpulannya Banding Ride memang mencabar & memeritkan tapi mampu dilakukan. Kepada rakan-rakan di Perwaja lain kali kalau ada lagi ambil peluang untuk turut serta sebab ianya memang hebat dan tiada BANDINGnya.
Terima kasih pada RamlySP, LanMobil, CguDin, TokWan, ODD, RazifBaling, Tn Fadzil, Yus, Wendy, Firdaus, E, Zul Perda & Gang dan Support Team (Yusof & Saiful). Anda semua hebat. ALHAMDULILLAH semua selamat.

#Gambar ambil dari Razif & ODD
No comments:
Post a Comment