Tarikh : 22 Okt 2010
Jarak : 40km
Rider : Cikgu Din, Cikgu Nusi, Cikgu Kob, Cikgu Hilmi@KudaLiar, Azlan@TM, Din@GAS, Nizam, Peter, Loke, Tan, Amir, Shah, Halim & Zailani (Support : Rahman & Son)
Perancangan hari nak kayuh penuh trek JMJ 45km++ tapi terpaksa keluar pada km ke-36 sebab kesuntukan masa. Semuanya berjalan lancar dan tamat pukul 12. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang & memberi maklumbalas untuk jamboree yang akan kami anjurkan.
TINJAUAN TREK JAMBOREE JMJ '11
Tinjauan untuk trek Jerai MountainBike Jamboree JMJ '11 telah diadakan pada 8 dan 10 Okt. Tujuan utama adalah untuk finalise trek sebelum 'trail mapping' dibuat. Tumpuan diberikan kepada mendapatkan jarak 45 km dan mempelbagaikan trek yang telah sedia ada dengan mengambilkira maklumbalas yang telahdiberikan rakan-rakan.
JOM KAYUH ...http//jeraimtbjamboree.blogspot.com/
PENDAFTARAN UNTUK JMJ 2011

Kepada Semua Peminat !
Salam Pertemuan Buat Semua Rakan Rakan Rider. Sepertimana Yang Telah DiJadualkan, JMJ '11 Akan Menemui Semua Rakan Rakan Rider Pada 16hb Januari 2011. Berdasarkan Maklumbalas Yang Diterima Dari Semua, Team JMJ '11 Akan Meneruskan Kerja Kerja Bagi Melaksanakan Penganjuran Ini Bagi Menghimpunkan Rakan Rakan Rider Dari Segenap Kawasan. Kami Amat Menghargai Pandangan Rakan Rakan Semua Demi Kegemilangan Sukan Berbasikal Ini.
Borang Pendaftaran Mula Dikeluarkan Hari Ini Dan Semua Maklumat Akan DiKemaskinikan Dari Semasa Ke Semasa.Daftarlah Segera Dan Bersama Sama Hebahkan Maklumat Ini Kepada Rakan Rakan Yang Lain. Marilah Berkampung Di JMJ '11.
Untuk Pendaftaran, Layari http://jeraimtbjamboree.blogspot.com/
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SENTUHAN DI NTMTBA'10
Dah 5 hari berlalu, kunjungan penuh bermakna ke Laman USM Transkrian, dengan hasrat dan cubaan untuk bersama sama ribuan riders dari segenap pelusuk tanahair mengharungi laluan yang dijanjikan mencabar. Memang terbukti, Jamboree ini penuh ceritanya yang tersendiri. Biarlah Jamboree demi Jamboree berlalu tapi semangat rider sejati tetap tertanam dalam diri setiap rider yang mengambil bahagian.
Bukannya mudah untuk memberikan kepuasan kepada semua. Yang penting penyertaan semua lapisan bagi memeriahkan mana mana Jamboree pun. Jomlah kita berkampung apabila ada Jamboree kerana inilah wadah kita sebagai pendukung watak Rider Mountainbike.
Sekalung penghargaan kepada Penganjur NTMTBA'10 kerana telah menghidangkan kami satu pengalaman dan rintangan yang amat tidak ternilai. Kalau ada NTMTBA'11, kami pasti hadir lagi........
Tahniah dan terima kasih semua.!
Rakaman gambar - gambar antara ahli kelab yang dapat dipetik dari http://adiharriman.com/blog/ . Terima kasih banyak kepada sdr Adi.

Bila Ada Jamboree, Disitu Boleh Jumpa En Zailani.

Yazi - Jersey Biru Bertuah

Shahidan - Bukan Besi Perwaja Tapi Siemens Rupanya

Ghani-Kesungguhan Mengatasi Segalanya

Amir - Konsisten Di Mana Sahaja

Halim - Tiada Hari Tanpa Kayuhan

Farizan - Kanan. Veteran Tapi Bertenaga
Nak Berkenalan ? Dua Jagoan - Kak Ros / Umi Suryati :
Copy Gambar Buat Motivasi......
Semoga Bertemu Di JMJ11

Watak Berbezaa

Jemmmmmmmmmmmmm!

Dah Habis....Dok Rehat Tunggu Nak Balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
