SENARAI RIDER BERDAFTAR

KAYUHAN OFFROAD PERWAJA...TREK JAMBOREE 2011

Tarikh : 20 Jun 2010

Trek : Sungai Puntar & Harvard
Jarak : 36km

Rider : 11 (RamlySP, Cikgu Din, Lan Mobil, Ucop, Bad, Kageyama,Amir, Halim,Yusri, Baderi & Zailani)

Pagi ni dapat kumpul 11 rider untuk buat kayuhan offroad kat Ladang Sungai Puntar & Harvard. Bagaimanapun trek Harvard tak dapat dihabiskan kerana kesuntukan masa. Hari ni juga dapat kayuh dengan RamlySP setelah lama tak jumpa. Last sekali kayuh dengan dia masa pi Banding 10 & 11 April 2010.

Semua nampaknya berpuas hati dengan trek hari ni. Trek Sungai Puntar & Harvard ni memang kami selalu pi tapi kadang-kadang masuk silap jalan juga. Bukan apa, gabra sikit. Tetamu yang datang ni bukan sebarang rider......yang cukup aktif.

Trek ni juga kami cadang nak gunakan untuk buat Jamboree yang dinamakan Jerai MTB Jamboree (JMJ 11). Tarikhnya telah ditetapkan pada 16 Januari 2011 (Ahad) iaitu pada hari cuti am bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Ia akan dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi Perwaja dengan kerjasama Perwaja Mountainbike Club. Segala perancangan untuk JMJ 11 sedang diatur dan posting untuknya akan dibuat dalam masa terdekat.

Kami berharap semua rakan rakan rider akan menyertai JMJ 11 sebagai satu tempat perhimpunan yang akan menguji kemantapan kayuhan peserta. JOM Ke JMJ 11.....kami mengalu alukan kunjungan semua.

Terima kasih pada semua rider yang hadir pada hari ini.

Bang Lan, Cikgu Din & Kageyama

Please Welcome......Mr Ramly Sp !

Ini dah sampai puncak ......cuba tengok basikal Halim (kiri)

Take 5 kat puncak

Kembali mendaki......

Ke puncak sama didaki !

Bad dah landing kat puncak ni.......

Bang Ucop & Cikgu (R) Din

Bincang sat....nak ikut jalan mana.
Santai.......

Sessi brainstorming......lepas ni nak pi mana ?

HATYAI JAMBOREE 2010

Perwaja MTB Club telah menghantar 8 rider untuk turut serta dalam Hatyai Jamboree. Secara keseluruhan jamboree tersebut menyediakan trek yang baik tapi dari segi pengurusan agak kelam kabut. Kena improve untuk tahun depan. Agak malang kerana salah seorang peserta kami, Rahman (Blogger) telah mengalami kecederaan yang serius kerana terjatuh semasa tinggal lagi 20km nak tamat.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu semasa kejadian tersebut. Juga kepada Abang Ronn terima kasih dengan segala urusan untuk jamboree ini.

To all riders & organizer. Thanks. IT'S YOUR WORLD. RIDE IT..............(Slogan Hatyai Jamboree)

Sijil penghargaan kepada pasukan






Saudara Pudin@TTG sedang memberi petua semasa di Thailand










Zaim@RedFlag, Aziro, Zailani, Rahman, Amir & Nusi











Rahman diberi pertolongan oleh rakan-rakan. Thanks Mizi KHT & Amir.

Cikgu Kob (No. 34) & Cikgu Din (No. 35). Tahniah...............




Hadiah tempat 1-100

PUNCAK LARANGAN


Pada 05/06/2010 yang lalu rider dari perwajamtbclub yang dipimpin oleh mr presiden en zailani, sdr halim, sdr baderi, sdr shukri, cikgu nusi, sdr amir dan pengunjung tetap gunung jerai, pak ya telah melakukan kayuhan 'lepas gian' ke puncak gunung. Reda je hujan lebih kurang jam 8 pagi, kumpulan rider ni terus beraksi menuju puncak. Biaq pi lah kat depa, tak kan lari gunung dikejar. Ada juga kawan yang allergic, tak dapat ikut sama......kempunan.

'DUA DUA HITAM'(kiri Baderi<>kanan Halim)

Dah sampai tempat idaman, apalagi berposing lah.

Halim & Baderi Catat Nama Kat Tugu.

MERAHNYA....SHUKRI KALI KELIMA SAMPAI KAT SINI


KAWAN KAWAN YANG SETIA MENDAKI

Lepas ni kelab akan buat rancangan untuk membawa sebahagian besar ahli kelab untuk mendapatkan lesen di puncak gunung......siap dengan mandi limau sekali. Rider tegar mesti ada lesen gunung dulu, baru boleh sembang. OK....nanti sambung lagi dengan destinasi baru.......tungguuuuuuuuu!

HAPPY TO RIDE IPOH 2010

Pada 30/5/2010 yang lalu, telah diadakan Happy To Ride 2010, bertempat di Taman Perpaduan Ipoh. Seperti biasa, Team PMC telah mendaftarkan beberapa ahli utk menyertai kayuhan tersebut. Namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan hanya 3 ahli shj drp 5 ahli yang mendaftar dpt menyertai kayuhan tersebut. Mereka adalah Presiden Kelab, En Zailani, Rahman Shah aka Red Dragon dan special guest rider, Azizi. Secara keseluruhannya, perjalanan jembore berjalan dgn lancar walaupun sehari sebelumnya hujan lebat telah turun dan menyebabkan trek agak berselut. Namun semuanya dapat ditamatkan oleh semua wakil drp PMC. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua rider yg mewakili kelab masing2.

KAYUHAN JELAPANG PADI 2010

Pada 22/5/2010 (Sabtu), Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah, telah menganjurkan kayuhan yg diberi nama Kayuhan Jelapang Padi 2010. Bersamaan dgn namanya, sebahagian besar trek kayuhan tersebut adalah melalui kawasan sawah padi. Hujan lebat yg turun seawal pagi itu, tidak melunturkan semangat lebih daripada 400 peserta yg terdiri drp lelaki, wanita dan tidak kurang juga penyertaan drp kanak-kanak. Kayuhan ini juga telah mencipta sejarah tersendiri buat pasukan Perwaja MTB kerana buat kali pertamanya seramai hampir 30 org peserta yg menyertai kayuhan tersebut adalah drp pasukan Perwaja MTB termasuk rider jemputan. Semangat yang ditunjukkan oleh kesemua peserta patutlah diberi pujian kerana dlm keadaan trek yg agak teruk, hujan dan berselut, namun mereka masih mampu menghabiskan kayuhan tanpa mengalami sebarang masalah. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua rider Perwaja MTB kerana menunjukkan kesungguhan serta komitmen yg tinggi dlm membawa nama baik kelab ini. Tahniah juga kpd pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan kayuhan ini. Semoga akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Jefri Din (baju oren) - bukan penyanyi, tp rider Perwaja.
Jefri Din - Jentera Raleigh 2010 Yang Berbaloi

Azlan Che Omar - sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera.
Bendahari kelab - Halim Hamid dgn jentera Giantnya..
Setiausaha - Yusri Shuib masih mampu tersenyum.
Fuzi Rameli - Org lama dlm rider Perwaja.
Presiden - En Zailani masih maintain power.
Ghani - Bekas raja pecut Perwaja.
Red Dragon bersama Kuda Hitamnya..
Mokhtar Md Noor bersama jentera Fuji
Badrul Hisham - penyertaan kali pertama.
Hafiz@Apit & Don sentiasa seiringan
Hafiz-Jentera Raleigh 2010
Rahim Ismail - rasmi GT baru redah selut..
Baderi (baju hitam) dan Hanizam (baju merah)
Presiden Kesurep - Azirohemi (baju kelabu)

Amir & Azlan, Saling Bersaing

Azizan-Tidak Mengalah

Syukri (baju hitam) dgn jentera Wheelernya.
Farizan (jersey putih) rider otai Perwaja
Ayob Ahad - antara peserta paling menyerlah.
Fazli@Jeniang

Faudzi WTP - Slow & steady, jnji kayuh bagi sampai...
Nazeri Khamis - antara muka baru yg baru mencipta nama
Sebahagian rider Perwaja MTB