SENARAI RIDER BERDAFTAR

SENTUHAN DI NTMTBA'10

Dah 5 hari berlalu, kunjungan penuh bermakna ke Laman USM Transkrian, dengan hasrat dan cubaan untuk bersama sama ribuan riders dari segenap pelusuk tanahair mengharungi laluan yang dijanjikan mencabar. Memang terbukti, Jamboree ini penuh ceritanya yang tersendiri. Biarlah Jamboree demi Jamboree berlalu tapi semangat rider sejati tetap tertanam dalam diri setiap rider yang mengambil bahagian.

Bukannya mudah untuk memberikan kepuasan kepada semua. Yang penting penyertaan semua lapisan bagi memeriahkan mana mana Jamboree pun. Jomlah kita berkampung apabila ada Jamboree kerana inilah wadah kita sebagai pendukung watak Rider Mountainbike.

Sekalung penghargaan kepada Penganjur NTMTBA'10 kerana telah menghidangkan kami satu pengalaman dan rintangan yang amat tidak ternilai. Kalau ada NTMTBA'11, kami pasti hadir lagi........

Tahniah dan terima kasih semua.!

Rakaman gambar - gambar antara ahli kelab yang dapat dipetik dari http://adiharriman.com/blog/ . Terima kasih banyak kepada sdr Adi.

Bila Ada Jamboree, Disitu Boleh Jumpa En Zailani.
Yazi - Jersey Biru Bertuah
Shahidan - Bukan Besi Perwaja Tapi Siemens Rupanya
Ghani-Kesungguhan Mengatasi Segalanya
Amir - Konsisten Di Mana Sahaja
Halim - Tiada Hari Tanpa Kayuhan
Farizan - Kanan. Veteran Tapi Bertenaga
Nak Berkenalan ? Dua Jagoan - Kak Ros / Umi Suryati :
Copy Gambar Buat Motivasi......
Semoga Bertemu Di JMJ11
Watak Berbezaa
Jemmmmmmmmmmmmm!
Dah Habis....Dok Rehat Tunggu Nak Balik.




JEMPUTAN MENYERTAI JERAI MTB JAMBOREE 2011


KEPADA SEMUA PEMINAT !

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal merupakan acara sukan atau riadah yang sering mendapat sambutan semua lapisan masyarakat. Tidak dinafikan ia merupakan suatu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan di samping untuk tujuan kesihatan. Di dalam memeriahkan aktiviti tersebut,Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (KESUREP) dengan kerjasama Perwaja MTB Club akan menganjurkan Jerai Mountain Bike Jamboree (JMJ '11) pada 16 Januari 2011 bertempat di Perwaja Steel, Gurun, Kedah. Laluan untuk Jamboree tersebut melibatkan jarak lebih kurang 45km meliputi kawasan jalanraya, perkampungan, ladang getah dan kelapa sawit.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput rakan-rakan yang meminati atau terlibat dalam aktiviti berbasikal samada individu atau kelab untuk turut memeriahkan jamboree tersebut. Bantuan anda untuk bersama - sama menghebahkan jamboree ini di kalangan komuniti & rakan - rakan riders yang lain amatlah diharapkan demi mengangkat taraf "sukan mountainbike" ke persadanya yang tersendiri.

Sukan untuk semua.....Marilah berkampung di JERAI MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2011 !

Sokongan dan penyertaan dari semua pihak sangatlah dihargai.

Nantikan perkembangan selanjutnya di http://jeraimtbjamboree.blogspot.com/

Sekian. Terima kasih.

Penganjur JMJ '11

KAYUHAN OFF-ROAD SG. PUNTAR & LADANG HARVARD

Pada hari Jumaat 9 Julai, seramai 21 rider sekitar Gurun & SP berjaya dikumpulkan untuk kayuhan offroad sekitar Sg. Puntar & Ladang Harvard Jerai. Kayuhan merangkumi jarak sejauh 30km. Secara keseluruhan kayuhan berjalan dengan lancar walaupun mempunyai sedikit masalah teknikal. Terima kasih kepada yang hadir & jumpa lagi.

KAYUHAN OFFROAD PERWAJA...TREK JAMBOREE 2011

Tarikh : 20 Jun 2010

Trek : Sungai Puntar & Harvard
Jarak : 36km

Rider : 11 (RamlySP, Cikgu Din, Lan Mobil, Ucop, Bad, Kageyama,Amir, Halim,Yusri, Baderi & Zailani)

Pagi ni dapat kumpul 11 rider untuk buat kayuhan offroad kat Ladang Sungai Puntar & Harvard. Bagaimanapun trek Harvard tak dapat dihabiskan kerana kesuntukan masa. Hari ni juga dapat kayuh dengan RamlySP setelah lama tak jumpa. Last sekali kayuh dengan dia masa pi Banding 10 & 11 April 2010.

Semua nampaknya berpuas hati dengan trek hari ni. Trek Sungai Puntar & Harvard ni memang kami selalu pi tapi kadang-kadang masuk silap jalan juga. Bukan apa, gabra sikit. Tetamu yang datang ni bukan sebarang rider......yang cukup aktif.

Trek ni juga kami cadang nak gunakan untuk buat Jamboree yang dinamakan Jerai MTB Jamboree (JMJ 11). Tarikhnya telah ditetapkan pada 16 Januari 2011 (Ahad) iaitu pada hari cuti am bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Ia akan dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi Perwaja dengan kerjasama Perwaja Mountainbike Club. Segala perancangan untuk JMJ 11 sedang diatur dan posting untuknya akan dibuat dalam masa terdekat.

Kami berharap semua rakan rakan rider akan menyertai JMJ 11 sebagai satu tempat perhimpunan yang akan menguji kemantapan kayuhan peserta. JOM Ke JMJ 11.....kami mengalu alukan kunjungan semua.

Terima kasih pada semua rider yang hadir pada hari ini.

Bang Lan, Cikgu Din & Kageyama

Please Welcome......Mr Ramly Sp !

Ini dah sampai puncak ......cuba tengok basikal Halim (kiri)

Take 5 kat puncak

Kembali mendaki......

Ke puncak sama didaki !

Bad dah landing kat puncak ni.......

Bang Ucop & Cikgu (R) Din

Bincang sat....nak ikut jalan mana.
Santai.......

Sessi brainstorming......lepas ni nak pi mana ?

HATYAI JAMBOREE 2010

Perwaja MTB Club telah menghantar 8 rider untuk turut serta dalam Hatyai Jamboree. Secara keseluruhan jamboree tersebut menyediakan trek yang baik tapi dari segi pengurusan agak kelam kabut. Kena improve untuk tahun depan. Agak malang kerana salah seorang peserta kami, Rahman (Blogger) telah mengalami kecederaan yang serius kerana terjatuh semasa tinggal lagi 20km nak tamat.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu semasa kejadian tersebut. Juga kepada Abang Ronn terima kasih dengan segala urusan untuk jamboree ini.

To all riders & organizer. Thanks. IT'S YOUR WORLD. RIDE IT..............(Slogan Hatyai Jamboree)

Sijil penghargaan kepada pasukan






Saudara Pudin@TTG sedang memberi petua semasa di Thailand










Zaim@RedFlag, Aziro, Zailani, Rahman, Amir & Nusi











Rahman diberi pertolongan oleh rakan-rakan. Thanks Mizi KHT & Amir.

Cikgu Kob (No. 34) & Cikgu Din (No. 35). Tahniah...............




Hadiah tempat 1-100