SENARAI RIDER BERDAFTAR

MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS JMJ11

Setelah lebih sebulan tirai JMJ 2011 dilabuhkan, pada hari Khamis 17/2/2011 yang lalu, satu Majlis Penghargaan Petugas JMJ11 telah diadakan di bangunan ITPerwaja. Majlis bertujuan meraikan serta memberikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas yang telah menjayakan acara Jamboree yang berlangsung pada 16 Januari yang lalu.
Dalam majlis tersebut, semua tetamu dipaparkan dengan slide video dan gambar sepanjang acara tersebut. Selepas ucapan daripada Penaung Perwaja MTB Club, Mr Alfred Tan, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Penutub majlis adalah penyampaian sijil penghargaan serta acara cabutan bertuah. Diharap pada masa akan datang, semua yang terlibat dapat memberikan lagi sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan apa jua acara yang dianjurkan oleh Kelab Sukan (KESUREP) dan Perwaja MTB Club. Terima kasih semua.







GAMBAR2 JMJ'11


Untuk melihat gambar2 JMJ'11, sila ke JeraiMTBJamboree

JERAI MTB JAMBOREE TRAIL TEST

Seramai lebih 50 riders telah hadir untuk menguji trek Jerai MTB Jamboree pada 28 Nov yang lalu. Disebabkan kesuntukan masa, kayuhan tersebut dijalankan merangkumi 80% daripada keseluruhan trek yang akan digunakan. Kepada semua rakan-rakan, terima kasih atas maklumbalas & sokongan yang telah diberikan.
























































































































































JERSEY RASMI JMJ'11

DIPAPARKAN JERSEY JMJ'11 UNTUK SEMUA PEMINAT
MATERIAL : DRIFIT SUBLIMATION


Segalanya Tentang JMJ'11, Sila KLIK


TREK & HADIAH LUCKY DRAW JMJ '11

Trail mapping untuk Jerai MTB Jamboree 2011 telah dibuat dengan kerjasama Adi Harriman dan jarak keseluruhan adalah 48km. Trek ini boleh dikategorikan sebagai 'rideable & fast' dengan jumlah ascent/descent 781 meter.


Beberapa hadiah utama telah disediakan untuk lucky draw antaranya frame Giant XTC, Giant ATX Pro dan Giant ATX. Beberapa hadiah-hadiah lain akan menyusul.


Kepada rakan-rakan marilah sama-sama untuk memeriahkan Jerai MTB Jamboree pada 16 Januari 2011. Daftarlah sekarang. Tarikh tutup pendaftaran 30 Nov. 2010. Layari Jerai MTB Jamboree 2011








GUNUNG JERAI RIDE

Last sekali ride kat Gunung Jerai pada 19 Sept 2010, dah sebulan setengah. Hari ni 5 Nov. cuti Depavali bersama rakan-rakan Halim, Daud, Fendi, Cgu Ee, Cgu Kob & Ramly SP slow2 kayuh panjat G.Jerai. Hari ni memang seronok sebab cuaca yang berkabus & yang penting dapat jumpa rakan-rakan. Kayuhan G.Jerai memang bagus untuk training. Kena tanya Cgu Ee pasai dia kerap panjat G.Jerai. Terima kasih pada rakan-rakan semua.


Gambar dari RamlySP

Cgu Kob memang 'power'


Cgu Ee - kalau nak jumpa dia mai G.Jerai

Ramly SP & Daud

Fendi

Rakan-rakan dari Alor Setar & Butterworth Cycling Club