Pada hari Jumaat yang lalu (18/3/2011), Perwaja MTB Club (PMC) telah menerima kunjungan daripada kelab Soo Beng Alor Setar. Kunjungan bertujuan untuk menguji sekali lagi trek JMJ11 yang lalu. Seramai lebih kurang 30 orang yang hadir pada hari tersebut termasuk beberapa ahli PMC. Walaupun hanya 70% daripada trek sahaja yang dilalui, namun jelas kelihatan kepuasan pada semua rider termasuk yang tidak sempat menyertai acara JMJ11 yg lalu. Diharapkan lebih ramai lagi kelab-kelab luar yang sudi bertandang ke trek kami pada masa akan datang. Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir.
Pada cuti hujung minggu yg lalu, sebahagian daripada rider PMC telah melakukan latihan kayuhan di trek Harvard. Selain daripada rutin latihan biasa, kayuhan kali ini adalah untuk memperkenalkan serta mendedahkan keadaan sebenar suasana kayuhan kepada seorang 'rider baru' yang pertama kali mencuba sukan berbasikal. Beliau yang merupakan salah seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Kedah adalah satu2nya wakil wanita yang mendaftar di bawah nama Perwaja MTB Club untuk Jamboree Bukit Merah & Jamboree Betong. Semoga lebih ramai lagi rider wanita yang dapat mewakili PMC di dalam Jamboree2 akan datang.
Setelah lebih sebulan tirai JMJ 2011 dilabuhkan, pada hari Khamis 17/2/2011 yang lalu, satu Majlis Penghargaan Petugas JMJ11 telah diadakan di bangunan ITPerwaja. Majlis bertujuan meraikan serta memberikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas yang telah menjayakan acara Jamboree yang berlangsung pada 16 Januari yang lalu. Dalam majlis tersebut, semua tetamu dipaparkan dengan slide video dan gambar sepanjang acara tersebut. Selepas ucapan daripada Penaung Perwaja MTB Club, Mr Alfred Tan, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari. Penutub majlis adalah penyampaian sijil penghargaan serta acara cabutan bertuah. Diharap pada masa akan datang, semua yang terlibat dapat memberikan lagi sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan apa jua acara yang dianjurkan oleh Kelab Sukan (KESUREP) dan Perwaja MTB Club. Terima kasih semua.
Seramai lebih 50 riders telah hadir untuk menguji trek Jerai MTB Jamboree pada 28 Nov yang lalu. Disebabkan kesuntukan masa, kayuhan tersebut dijalankan merangkumi 80% daripada keseluruhan trek yang akan digunakan. Kepada semua rakan-rakan, terima kasih atas maklumbalas & sokongan yang telah diberikan.
Trail mapping untuk Jerai MTB Jamboree 2011 telah dibuat dengan kerjasama Adi Harriman dan jarak keseluruhan adalah 48km. Trek ini boleh dikategorikan sebagai 'rideable & fast' dengan jumlah ascent/descent 781 meter.
Beberapa hadiah utama telah disediakan untuk lucky draw antaranya frame Giant XTC, Giant ATX Pro dan Giant ATX. Beberapa hadiah-hadiah lain akan menyusul.
Kepada rakan-rakan marilah sama-sama untuk memeriahkan Jerai MTB Jamboree pada 16 Januari 2011. Daftarlah sekarang. Tarikh tutup pendaftaran 30 Nov. 2010. Layari Jerai MTB Jamboree 2011
HARI : ISNIN DAN RABU
MASA : 5.30 PTG
BERKUMPUL : CALTEX PERWAJA
AKAN DATANG
TARIKH : 23/9/2011 HARI : JUMAAT MASA : 7.30 PG TEMPAT BERKUMPUL : DI HADAPAN MEDAN SELERA, PERWAJA ROUTE : TREK PERWAJA JARAK : SEKADAR IKUT KEMAMPUAN
KEPADA RIDER2 BERHAMPIRAN, DIJEMPUT MENYERTAI KAMI. TQ.