Pada 18/04/2011, ahli PerwajaMtbClub yang melapangkan masa masing masing telah memilih laluan Perwaja - Modenas - Simpang Batu 3 Menuju Ke Bukit Kuang - Pekan Padang Lembu - Taman Ria Mesra dan balik ke pangkal jalan. Tayar mula bergolek pd jam 5.45ptg dan tamat jam 7.12ptg. Jarak 31 km telah disudahkan dlm tempoh 1 jam 27 minit sebagai latihan memantapkan stamina semata mata. Sambil borak-borak perkembangan semasa, akhirnya selesai juga kayuhan tu. Ikuti rakaman video oleh En Halim Hamid.
REVERSE TREK JMJ11 (15/4/2011)
Setelah beberapa kali melalui trek JMJ11, kali ini kayuhan sempena cuti hujung minggu PMC membawa rider melalui trek yang sama tetapi kali ini dengan cara 'reverse track'. Bermula daripada Harvard, kayuhan menaiki (climbing) kawasan single trek daripada trek downhill yang digunakan pada JMJ11 yang lalu. Seterusnya memasuki kawasan berhampiran reban ayam dan berakhir di Bukit Judi (downhill). Di dalam perjalanan pulang, kami bertemu dengan group LM Bikers dari Alor Setar yang berkayuh di trek JMJ11 tetapi melalui jalan yang sebenar. Sessi bergambar sempat diadakan sebelum kedua-dua kumpulan berpecah dan meneruskan kayuhan masing-masing. Kayuhan pada kali ini telah disertai oleh sebahagian ahli kelab PMC serta guess rider tetap dan beberapa rider berhampiran seperti Ramly SP, Ismail SP, Zul SAZA, Halim, Nizam dan Kagiyama yang membawa bersama anaknya. Kayuhan berakhir sekitar jam 10.30 pg.


KAYUHAN AMAL MIZIVENZO
Pada hari Sabtu (9/4/2011) yang lalu, Perwaja MTB Club (PMC) telah menyertai Kayuhan Amal MiziVenzo yang bermula daripada Petronas Putri Jaya ke Taman Mutiara, Kulim. Kayuhan yang bertujuan mengutip dana untuk membantu saudara Mizi yang anaknya menghidapi penyakit dan memerlukan rawatan segera. Kayuhan ini telah disertai oleh lebih daripada 130 orang rider yang mewakili kelab masing-masing. Daripada anjuran ini, hasil kutipan telah mencecah lebih daripada RM5000. Semangat yang ditunjukkan oleh semua rider, patutlah diberi pujian kerana tanpa mengira warna kulit dan usia, mereka dapat berkumpul demi membantu insan yang memerlukan. Di harap, anjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk rider, marsyal, jurufoto dan individu yang menaja sarapan pagi. Terima kasih.


Lebih byk lg gambar, sila klik :
PART 1 PART 2 PART 3
Lebih byk lg gambar, sila klik :
PART 1 PART 2 PART 3
KAYUHAN 06/04/2011
Pada hari Rabu 6/4/2011, latihan rutin Perwaja MTB Club dijalankan seperti biasa. Disebabkan ramai rider yang masih 'takut-takut' (atau sayang basikal) untuk melalui kawasan offroad, maka sejak kebelakangan ini lebih banyak latihan melalui kawasan jalan biasa @ road. Seramai lebih kurang 18-20 orang rider berkumpul dan memulakan kayuhan daripada Caltex Perwaja. Kayuhan merangkumi jalan Modenas, Guar Nanas seterusnya melalui jalan besar Guar Cempedak-Gurun. Kayuhan berakhir sekitar jam 7 malam.





MGJ11 : KAYUH vs BANJIR
Malaysian Gold Jamboree 2011 (MGJ11) yang diadakan di Bukit Merah telah melabuhkan tirainya. Setelah mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Record sebagai penyertaan Jamboree paling ramai iaitu 2600 orang peserta, ianya mencatat satu lagi rekod iaitu satu-satunya trek yang membawa rider meredah kawasan banjir. Secara keseluruhannya, trek hanya laluan bawah (tiada uphill & downhill), namun cabaran sebenarnya adalah kawasan berselut dan banjir. Semua rider yang menyertai terpaksa menerima hakikat yang latihan climbing dan downhill yg dilakukan selama ini, tiada gunanya kerana tiada cabaran sepertinya di MGJ11 ini. Secara keseluruhannya, semua peserta dari PMC, dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah, kecuali Presiden Kelab PMC yang terpaksa melupakan hasrat menamatkan kayuhan apabila mengalami pecah tayar yang kronik pada awal kayuhan. Syabas kepada semua rider yang telah berjaya menamatkan kayuhan MGJ11 ini.








KUNJUNGAN TEAM SOO BENG ALOR SETAR
Pada hari Jumaat yang lalu (18/3/2011), Perwaja MTB Club (PMC) telah menerima kunjungan daripada kelab Soo Beng Alor Setar. Kunjungan bertujuan untuk menguji sekali lagi trek JMJ11 yang lalu. Seramai lebih kurang 30 orang yang hadir pada hari tersebut termasuk beberapa ahli PMC. Walaupun hanya 70% daripada trek sahaja yang dilalui, namun jelas kelihatan kepuasan pada semua rider termasuk yang tidak sempat menyertai acara JMJ11 yg lalu. Diharapkan lebih ramai lagi kelab-kelab luar yang sudi bertandang ke trek kami pada masa akan datang. Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir.








KAYUHAN 4/3/11
Pada cuti hujung minggu yg lalu, sebahagian daripada rider PMC telah melakukan latihan kayuhan di trek Harvard. Selain daripada rutin latihan biasa, kayuhan kali ini adalah untuk memperkenalkan serta mendedahkan keadaan sebenar suasana kayuhan kepada seorang 'rider baru' yang pertama kali mencuba sukan berbasikal. Beliau yang merupakan salah seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Kedah adalah satu2nya wakil wanita yang mendaftar di bawah nama Perwaja MTB Club untuk Jamboree Bukit Merah & Jamboree Betong. Semoga lebih ramai lagi rider wanita yang dapat mewakili PMC di dalam Jamboree2 akan datang.





MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS JMJ11
Setelah lebih sebulan tirai JMJ 2011 dilabuhkan, pada hari Khamis 17/2/2011 yang lalu, satu Majlis Penghargaan Petugas JMJ11 telah diadakan di bangunan ITPerwaja. Majlis bertujuan meraikan serta memberikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas yang telah menjayakan acara Jamboree yang berlangsung pada 16 Januari yang lalu.
Dalam majlis tersebut, semua tetamu dipaparkan dengan slide video dan gambar sepanjang acara tersebut. Selepas ucapan daripada Penaung Perwaja MTB Club, Mr Alfred Tan, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Penutub majlis adalah penyampaian sijil penghargaan serta acara cabutan bertuah. Diharap pada masa akan datang, semua yang terlibat dapat memberikan lagi sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan apa jua acara yang dianjurkan oleh Kelab Sukan (KESUREP) dan Perwaja MTB Club. Terima kasih semua.







Dalam majlis tersebut, semua tetamu dipaparkan dengan slide video dan gambar sepanjang acara tersebut. Selepas ucapan daripada Penaung Perwaja MTB Club, Mr Alfred Tan, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Penutub majlis adalah penyampaian sijil penghargaan serta acara cabutan bertuah. Diharap pada masa akan datang, semua yang terlibat dapat memberikan lagi sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan apa jua acara yang dianjurkan oleh Kelab Sukan (KESUREP) dan Perwaja MTB Club. Terima kasih semua.







JERAI MTB JAMBOREE TRAIL TEST
Seramai lebih 50 riders telah hadir untuk menguji trek Jerai MTB Jamboree pada 28 Nov yang lalu. Disebabkan kesuntukan masa, kayuhan tersebut dijalankan merangkumi 80% daripada keseluruhan trek yang akan digunakan. Kepada semua rakan-rakan, terima kasih atas maklumbalas & sokongan yang telah diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)