Seperti yang dirancangkan, pada hari Jumaat (26/2/2010) sempena cuti Maulidul Rasul, Team Perwaja MTB telah membuat kayuhan ke Pendang. Diketuai oleh Penaung Kelab, Mr Alfred Tan & Presiden, En. Zailani, kayuhan bermula di Medan Selera Perwaja, melalui jalan Modenas, seterusnya mengikuti jalan Guar Nanas. Seramai 12 org rider menyertai kayuhan ini termasuk 2 org pengiring yang menaiki kereta. Secara keseluruhannya, semua riders merasai kepuasan kerana dapat merasai dan menikmati keindahan panorama serta kawasan2 kampung yang tidak pernah mereka lalui.
No comments:
Post a Comment