Sempena cuti hujung minggu, hari Jumaat (19/3/2010) yg lepas, beberapa orang AJK Kelab telah meneroka kembali kawasan air terjun Gurun Jaya. Tujuannya adalah untuk mencari trek baru bagi Team Perwaja menjalani latihan. Di samping itu, Bendahari Kelab sempat meluangkan masa meninjau kawasan air terjun, sambil membersihkan kawasan persekitaran tersebut. Walaupun kawasan tersebut kurang dilawati orang, namun segelintir pengunjung yang datang tidak perihatin dengan kebersihan kawasan tersebut dengan membuang plastik dan sampah sarap. Diharap kawasan tersebut dapat dipelihara agar sentiasa bersih.
No comments:
Post a Comment