SENARAI RIDER BERDAFTAR

LEISURE RIDE WITH DATO' ABU TALIB

Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, Kayuhan Santai Bersama Dato' Talib ke Titi Hayun telah berlangsung dgn jayanya. Program yg mendapat sambutan hampir 100 org peserta secara keseluruhannya, bermula seawal jam 7.15 pagi. Semua peserta termasuk peserta jemputan daripada Perwaja Kemaman, berkumpul di Medan Selera Perwaja. Program dimulakan dgn acara 'stretching' yg diketuai oleh saudara Ayob Ahad. Sebelum bergerak pada jam 8.00 pg, saudara Yazi Bidin membacakan doa bagi mendapat keberkatan dan melancarkan perjalanan program. Secara keseluruhannya, semua peserta tiba awal drp yg dijangkakan. Sebaik tiba, semua peserta dijamu dgn sedikit jamuan ringan seterusnya bermulalah acara sukaneka. Sebanyak 4 acara telah disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Dato' Abu Talib selepas selesai makan tengahari. Pada pukul 1.00 tgh, semua peserta berkayuh pulang dan selamat tiba ke Medan Selera Perwaja pada pukul 2.45 ptg. Tahniah kpd semua peserta dan syabas buat semua barisan AJK yg telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Barisan marsyal yang bertugas

Barisan AJK Kelab merangkap marsyal basikal.

Mr William :"Bagus! Tahun depan buat lagi.."
P'Ya yg bergaya w'pn x kayuh..
Inilah buktinya Dato' Abu Talib rider sejati..!!

No comments:

Post a Comment