KUNJUNGAN KE TREK PERWAJA LAGI...
Lagi kunjungan dari kelab luar. Kali ini kujungan dibuat oleh Abg Razif yang mengetuai Team dari Baling dan Pengkalan Hulu. Selain itu, rider-rider lain seperti Cikgu Din, Bad (RCT), Shafar (SBS), Shaiful Manjung, Abg Megat, Team KBS dan lain-lain turut sama hadir 'mencemar diri' di trek Perwaja. Terima kasih & tahniah diucapkan kepada semua rider yang telah menunjukkan kesungguhan dalam menerjah trek Perwaja yang tidak seberapanya ini. Terima kasih juga pada semua rider Perwaja termasuk semua special guest rider Perwaja yang telah memberikan kerjasama menjayakan kayuhan pada hari ini.































MENEROKA SAMBIL MEMBERSIH KAWASAN AIR TERJUN
Sempena cuti hujung minggu, hari Jumaat (19/3/2010) yg lepas, beberapa orang AJK Kelab telah meneroka kembali kawasan air terjun Gurun Jaya. Tujuannya adalah untuk mencari trek baru bagi Team Perwaja menjalani latihan. Di samping itu, Bendahari Kelab sempat meluangkan masa meninjau kawasan air terjun, sambil membersihkan kawasan persekitaran tersebut. Walaupun kawasan tersebut kurang dilawati orang, namun segelintir pengunjung yang datang tidak perihatin dengan kebersihan kawasan tersebut dengan membuang plastik dan sampah sarap. Diharap kawasan tersebut dapat dipelihara agar sentiasa bersih.











PERLIS RIDE UP NORTH 2010
Perlis Jamboree atau lebih dikenali sebagai RUN10 (Ride Up North 2010), telah berlangsung dengan jayanya pada 14/3/2010. Sekali lagi Team Perwaja MTB tidak ketinggalan menghantar wakil untuk menyertai kayuhan yang berprestij ini. Berbeza daripada jamboree terdahulu, pada kali ini, Team Perwaja MTB telah menghantar seramai 12 orang ahli untuk mewakili kelab. Secara keseluruhan, semua peserta Team Perwaja MTB dapat menamatkan kayuhan tanpa sebarang kecederaan. Semoga lebih ramai lagi ahli kelab yang dapat menyertai jamboree seterusnya. Syabas kepada semua yang terlibat.











WAJAH2 BARU PERWAJA MTB
KUNJUNGAN SP MTB, REDFLAG, GEREK BARU & KBS
Pada hari Jumaat 5/3/2010 yg lepas, Team Perwaja sekali lagi menerima tetamu, kali ini dr beberapa kelab sekitar utara seperti SP MTB, Redflag, Gerek Baru & KBS. Seperti sebelumnya, semua riders berkumpul di Medan Selera Perwaja seawal jam 7.30pg. Walaupun kali ini kayuhan tidak dapat dihabiskan 100%, namun secara keseluruhannya, semua riders dpt merasai sebahagian besar trek kayuhan Team Perwaja. Terima kasih kepada semua yg sudi hadir & bagi pihak kami, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan. Semoga berjumpa lagi.













Subscribe to:
Posts (Atom)