KAYUHAN KE KUALA KEDAH
Jika di sebelah pagi Team PMC layan offroad, pada sebelah petangnya pula Team PMC layan kayuhan road pula. Kali ini destinasinya adalah Kuala Kedah. Seramai 13 org ahli telah menyertai kayuhan yang bermula pada jam 5.30 ptg ini. Kayuhan sejauh lebih kurang 116km secara keseluruhannya ini berakhir pada jam 1.35 pg. Tahniah kepada semua ahli yg terlibat dalam menjayakan kayuhan ini.

REVERSE TREK SG PUNTAR
Tarikh : 7/5/2010
Hari : Jumaat


Hari : Jumaat
Pagi ni atas permintaan Cikgu Din, kami terpaksa set utk kyh offroad. Kali ini kami telah bersedia dgn trek yg agak mencabar iaitu reverse trek Sg. Puntar. Actually trek tu geng Perwaja biasa lalu, tp ini first time kami membelakangi trek asal. Bukan pasal apa, sebab yg mai pn semua 'cekang2' punya kaki. Selain Cikgu Din, Abg Ucop, Safar (SBS), Cikgu Nusi, Amir & Yakup turut bersama menjamah trek tu. Semua power ranger belaka. Tu pasal kami plan layan trek tu. Usahkan org lain, kami pun terasa teruknya trek tu. Tp puas hati la sebab first time tengok Cikgu Din tolak basikal kat trek kami. Selama ni, kami rasa, trek kami ni, 'celah gigi' Cikgu Din je. Hari ni baru la nampak trek ni agak mencabar sikit bagi Cikgu Din. Itu pun sikit je, yg lain semua dia sapu semacam je. Mcm mn pun, terima kasih kpd semua rider yg sudi mengunjungi trek kami lagi. Insya-Allah kami akan explore lagi trek yg 'ganaz2' untuk kunjungan akan datang.











KAYUHAN TERANG MALAM?
Kayuhan Terang Malam? Namanya pun malam, mesti la x terang. Itulah yang berlaku di Kulim di Kayuhan Terang Malam. Disebabkan cuaca yang tidak berapa baik, so keadaan malam menjadi terlalu gelap. Ianya diterukkan lagi dengan hujan yang turun pada sebelah petang yang meng'hidang'kan keadaan trek yang berselut. Kebanyakan trek yg boleh 'layan' sampai tak ter'layan' oleh semua rider disebabkan tayar yang pada asalnya bersaiz 2.1 telah bertukar kepada size 2.4. Nak buat cmna, nak patah balik, takut. Terpaksalah teruskan jugak sebab kalau ikut jalan lain, nanti sesat. Sapa nak rescue dlm hutan gelap2 tu? Team Perwaja yg telah mendaftarkan seramai 9 org, hanya tinggal 4 org shj mampu menyahut cabaran kayuhan malam. Ini disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Macam mana pun, kesemua rider Perwaja MTB, berjaya menamatkan kayuhan dgn jayanya tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini. Tahniah & syabas kpd semua rider yg menyertai Kayuhan Terang Malam Kulim.
Inilah hasil awal yg rider dpt ketika masuk offroad...
Laluan downhill yg berselut.. ada bran?
LEISURE RIDE WITH DATO' ABU TALIB
Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, Kayuhan Santai Bersama Dato' Talib ke Titi Hayun telah berlangsung dgn jayanya. Program yg mendapat sambutan hampir 100 org peserta secara keseluruhannya, bermula seawal jam 7.15 pagi. Semua peserta termasuk peserta jemputan daripada Perwaja Kemaman, berkumpul di Medan Selera Perwaja. Program dimulakan dgn acara 'stretching' yg diketuai oleh saudara Ayob Ahad. Sebelum bergerak pada jam 8.00 pg, saudara Yazi Bidin membacakan doa bagi mendapat keberkatan dan melancarkan perjalanan program. Secara keseluruhannya, semua peserta tiba awal drp yg dijangkakan. Sebaik tiba, semua peserta dijamu dgn sedikit jamuan ringan seterusnya bermulalah acara sukaneka. Sebanyak 4 acara telah disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Dato' Abu Talib selepas selesai makan tengahari. Pada pukul 1.00 tgh, semua peserta berkayuh pulang dan selamat tiba ke Medan Selera Perwaja pada pukul 2.45 ptg. Tahniah kpd semua peserta dan syabas buat semua barisan AJK yg telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Barisan AJK Kelab merangkap marsyal basikal.
Mr William :"Bagus! Tahun depan buat lagi.."
P'Ya yg bergaya w'pn x kayuh..
Inilah buktinya Dato' Abu Talib rider sejati..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)